please click me

Sunday, 4 December 2011


Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan

 kepada si pesakit itu dan di baca pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si

pesakit akan sembuh.

Keputusan Perlawanan Futsal Persahabatan



MFC (16) VS PILIHAN STAR 5 (22)
3 Disember 2011

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 1 JH 15

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 1- Kumpulan BP

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 2 Adlin Part13

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 3 Kumpulan Hero Part7

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 4 - Osbon.MPG

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 5 Kumpulan Boboi Part3

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 6 Kumpulan Saehu Part8

The best of Maharaja Lawak Mega Minggu 6 Kumpulan Syok Part6

The Best of Maharaja Lawak Mega Minggu 6 Adlin Part5

The Best of Maharaja Lawak Mega

Maharaja lawak mega dah masuk minggu ke enam pada 2 hb disember itu hari....jadi bagi ruangan 'The best of Maharaja Lawak Mega' ini akan , aku akan mencari lawak yang dirasakan terbaik antara yang terbaik bagi setiap minggu persembahan...

by mny

Darjat Ibubapa

  ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa. Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83).






by mny 

Wednesday, 2 November 2011

Menunggu Anak Pulang Dari Sekolah



suasana menunggu anak-anak balik dari sekolah

Anak- anak berlari pulang kegembiraan 


Menunggu anak pada setiap hari merupakan rutin harian ibubapa.  Tujuannya bagi memastikan anak-anak akan mencapai kejayaan suatu hari nanti sama ada sebaik orang tuanya atau lebih baik daripada itu.  Walaubagaimanapun ada juga ibubapa sekadar memenuhi hukum alam semester, ia merupakan suatu budaya yang mesti dilaksana dan akan tetapi tidak mengharapkan sesuatu daripada itu.  Maka terjadilah matlamat arah tuju yang tidak jelas selama hampir 10 tahun anak- anak dibangku sekolah.  Sekadar pergi dan balik dari sekolah...akhirnya anak- anak itu menjadi mangsa di atas kelalaian kita membimbing dan mendidiknya selama hampir 10 tahun.  Untuk menyesal selepas itu mungkin terlambat...akan tetapi jika rajin berusaha...insyaAllah ada jalan nya juga...akan tetapi anak- anak itu masih tetap di anggap rugi jika di bandingkan dengan kawan-kawannya yang telahpun berjaya terlebih dahulu.

PILIH YANG ORIGINAL...


macam2 hal...aku pun hairan ade hamba Allah yang menggunakan nama NurVission dalam FB...yang tak sedap tu suasana menjadi kecoh..(kecoh tak bersebab)...aku pun tak faham ape sebenarnye masalah2 diaorang ni...nak poulariti, nak glamour..hahaha...tapi yang tak bagus tu nama NurVission digunakan dalam hal ni...hamba Allah ni sengaja nak sabotaj mfc?...nak melaga-lagakan ahli- ahli mfc?...atau pun kebetulan dan salah faham semata-mata yang tak disengajakan...seingat- ingat aku mungkin juga hamba Allah ini kaum kerabat saudara mara kitaorang juga...pasal ade beberapa klu yang boleh menyabitkannye...wallahhualam...walaubagaimanpun kepada mereka2 semua ingin diingatkan disini bahawa NurVission mfc (yang original) tidak terlibat sama sekali...dan tolong pastikan yang anda tidak tersalah orang...walaubagaimanapun bagi menjaga ketenteraman ahli mfc semua...NurVission FB (yang palsu) telah diterminated kan oleh pemilik mfc Ir Azam daripada group mfc di FB (facebook) pada 2/11/2011...sekian untuk makluman semua.

by PEMILIK MFC 

Monday, 19 September 2011

Keratan Akhbar Singapura

'6 Generasi Yang Hebat'...itulah yang patut diungkapkan kepada Keluarga Hj Ahmad Hj Yakob..



Tuan Hj Ahmad was born in late 19th Century (1898) then at 25 yrs old, he married Puan Hjj Rahmah. Their first child was a boy and named him, Yahya. Tuan Hj Ahmad and Puan Hjj Rahmah have 16 children (8 sons & 8 daughters). Currently, as per 1 Sept 2011, family of Tuan Hj Ahmad comprised of 442 members in 6 generation.




by NurVission

Sekilas Pandangan


‎"Let your mother cry for the RIGHT reason, not for the wrong reason."




mfcAdmin

MEGA RAYA 6 GENERASI, SINGAPORE

Majlis telah pun sempurna dengan jayanya pada 4 sept 2011. Terimakasih kepada semua yang terlibat keluarga singapura dan keluarga malaysia, tak lupa kepada jawatankuasa yang telah bertungkus lumus untuk memeriahkan majlis ini...finally, mfc give rating 5 star to this....




mfcAdmin

Friday, 26 August 2011



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SANAK SAUDARA, RAKAN TAULAN, PEMBACA-PEMBACA DAN BLOGGER- BLOGGER SEMUA....MAAF ZAHIR BATIN 


Tuesday, 2 August 2011

Sebelum Terlena...

   ‎"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

by mfcAdmin

Renungan

     Apa yang kita nak buat sesuatu kita berterasakan al Quran sebagai dasar. Quran adalah kebaikan sejagat dan kebaikan mutlak. Tidak macam orang yang berpegang kepada rasional dia hanya ikut kepala dia saja...


by mfcAdmin

Friday, 15 July 2011

OMG...SEDAPNYA







RENUNGAN


Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila ia tidur dengan tiga ikatan. Syaitan mencop setiap simpul ikatan atas kalian dengan mengucapkan: Bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila ia bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila ia wuduk, terbuka pula satu ikatan. Apabila ia solat, terbukalah satu ikatan. Maka, di pagi hari ia penuh semangat dan segar. Jika tidak, nescaya di pagi hari perasaannya buruk dan malas.



mfcAdmin

Iktibar

‎"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim



mfcAdmin