please click me

Thursday, 23 June 2011

1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)


BACAAN


            Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas


petikan dari Darussyifa' online

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA


Ada lima jenis benteng pertahanan dirikeluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i.                  Al-Muawwizat
ii.                Ayatul Kursi
iii.             Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.             Ayat Berkubu
v.               Ayat Penggerak


petikan dari Darussyifa' online

Semanis Madu...

Jagalah dirimu baik-baik,usahakanlah kemuliaannya,kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.


by NurVission

Sesejuk Salju...

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah


by NurVission

Sesejuk Salju...

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang dapat menunaikan solat Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”.

Renungan Bersama

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” Riwayat Ahmad



Renungan Bersama


‎"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


by NurVission

Wednesday, 22 June 2011

LATIHAN UNTUK PERHIMPUNAN RAYA DAN KELUARGA DI SINGAPORE 2011

Tekun berlatih

Wak sony dan anaknya asrul dibantu oleh sufi akan mempersembahkan...
 3 in 1 menunggang basikal sambil memejam mata...saksikan nanti di Kota singa 2011..



by NurVission

LATIHAN UNTUK PERHIMPUNAN RAYA DAN KELUARGA DI SINGAPORE 2011

Anak harapan mfc

ini cikgu ke...tau bonzer?...heee

inilah dia tenaga pengajar mfc untuk majlis yang bakal tiba nanti...
nama dirahsiakan...heee

penuh penghayatan....cayalah

kenapa yang laki2nya ambik bangla..budak melayu tak de ke?....heeee

takkan jadi penonton aje...tunjukkan bakat tuuu...


Inilah dia dengan penuh semangat anak- anak mfc berlatih persembahan teater musika (tajuk di rahsiakan...tunggu masa majlis nanti...baru gempak)...syabas kepada mereka ini, tak lupa kepada tenaga pengajar mfc (nama dirahsiakan...he3...tunggu aje lah) yang membimbing anak-anak ini...
Singapore tnuggu kedatangan kami pada tahun ini....we have suprise for you all.... 


by NurVission


Sunday, 19 June 2011

KATA2 YANG INDAH...SEMESTINYA DIKOTAKAN


http://www.youtube.com/watch?v=KagvExF-ijc&feature=related
www.youtube.com
Music video by Avril Lavigne performing Smile. (C) 2011 RCA Records, a unit of Sony Music Entertainment
June 15 at 10:55pm ·  ·  ·  · See Friendship

Friday, 17 June 2011

Harus Baca

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t



mfcAdmin

Thursday, 16 June 2011

Jom...kita pergi tengok





Mari tengok wayang...cerita superhero...
zaman aku kecik2 dulu tak ade semua ni...bila dah tua macam2 lak godaannye...



by NurVission