





![]() |
Route to Bkt Gambang Water Park |
Baru-baru ni saya pergi ke rumah arwah ayah....nak jadi cerita bukalah album gambar lama-lama balam satu gambar tengok tebal semacam...apalagi ingat ada harta karun...rupa-rupanya ada tulisan bertulis arkitek...baru teringat dulu masih saya darjah lima saya ada mengikuti kem motivasi...salah satu ceramah yang diberi adalah tentang cita-cita....penceramah tu menyuruh kami tulis apa kami nak jadi dan simpan dimana-mana yang kami rasa selamat dan bukak 20 tahun akan datang...alah kira macam kapsul masa.....tak sangka saya buat apa yang disuruh.
walaupun waktu tu eja pun tak betul dan saya yakin waktu tu saya tentu tak tahu apa kerja arkitek tu....saya rasa bangga saya punya cita-cita yang hebat...dan sekarang saya berjaya....berjaya bertemu jodoh dengan seorang jurutera.
Di belakang seorang lelaki yang hebat ada seorang wanita.....sayalah wanita itu...
by
myCT.
Terima kasih kepada Cik Azam anak menantu dalam keluarga besar ini di mana beliau berjaya membuat banyak aktiviti berfaedah lebih-lebih lagi untuk anak-anak saudara...kalau dulu aktiviti lebih tertumpu kepada acara makan-makan kini tak lagi....kini kita buat bermacam- macam aktiviti riadah seperti aktiviti futsal..badminton..apa saja aktiviti yang boleh di kongsi kami akan cuba merealisasikan....memandangkan kami juga mempunyai keluarga di Singapura...ia lebih meriah kerana aktiviti selalunya akan jadi besar dimana perlawanan bola akan diadakan melibatkan malaysia menentang singapura....namun agak sukar juga ingin membuat aktiviti yg melibatkan wang ringgit namun keluarga ini sukarela berkongsi wang mereka...ibarat kata pepatah...ringan sama dijinjing, berat sama dipikul...terima kasih kepada adik beradik semua....